SATU FIKRAH SATU AMAL

"Seandainya Fikrah Islami yang kita fahami, Kesatuan amal pasti direalisasi "

Saturday, October 31, 2009

ISMA BUAT GILA LAGI

MARI KITA KONGSI PANDANGAN SAHABAT JEMAAH PAS KITA MELALUI TULISAN ORANG YANG CINTAKAN JEMAAH PAS....

ADAKAH BENAR IANYA DATANG DARI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZBerat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA) yang menulis perkara tersebut… Saya masih cuba bersangka baik bahawa Tuan Guru diserabutkan oleh pandangan-pandangan sekeliling yang masih membesar-besarkan isu “perpaduan melayu Islam” atau “pimpinan pas yang pro umno”.Terasa amat terkilan apabila TGNAA yang memulakan kehangatan ini. Mula-mula dulu, isu “kerajaan perpaduan”, kemudian isu “ustaz Nasha” sekarang timbul pula isu yang baru… Bagi TGNAA yang berada di peringkat atasan atau pembesar-pembesar PAS Kelantan mungkin tak rasa apa-apa menimbul dan membesarkan perkara-perkara seperti ini, tetapi bagi kami ahli PAS di peringkat bawahan amat terasa kesannya. Lemah rasa nak menggerakkan aktiviti tarbiyah jika pimpinan sendiri bercelaru. Tak upaya rasanya nak menggerakkan organisasi cawangan mahu pun kawasan apabila tengok karenah pimpinan yang sepertinya bertelagah.Dalam kesempatan ini, saya ingin komen beberapa perkara :1. Jangan ada sesiapa yang marah kalau ramai ahli yang kritik atau tegur TGNAA selepas ini kerana tulisan beliau sendiri telah mendatangkan dalil bahawa harus malah dituntut untuk mengkritik dan menegur pemimpin malah Nabi sendiri pun ditegur oleh Allah s.w.t.2. TGNAA lebih merujuk kepada tulisan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menulis tentang - antara factor kekalahan PAS di Bagan Pinang ialah isu-isu di Selangor disamping adanya pimpinan PAS yang dilihat pro-UMNO dengan menyebut beberapa nama seperti Dr Hasan Ali, Ust Nasha dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHAA). Sedangkan pandangan tersebut telah dijawab dan disangkal oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden), Dato’ Mustafa Ali (Setiausaha Agung), Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan) yang merupakan anggota dewan harian PAS Pusat.3. Lebih menarik untuk dibincangkan bahawa pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari ini selari (atau mungkin merujuk) kepada beberapa pandangan pimpinan PAS seperti Dr Dzulkifli (yang tidak lagi dilantik sebagai Pengarah PPP) dan Ir Khalid Samad (dipecat dari jawatan Timb Pesuruhjaya PAS Selangor) yang memang kita ketahui sangat kontroversi di kalangan ahli PAS. Di sinilah menariknya untuk dibuat kajian.4. Saya rasa, dari sekadar menerima pandangan Anual Bakri dan beberapa pembesar PAS Kelantan dalam isu ada pimpinan PAS yang Pro-UMNO ini, ada baiknya juga TGNAA dan ahli PAS sekalian membuat beberapa penelitian terhadap maklumat-maklumat berikut (maaf jika tidak berdasarkan siasatan rapi, cuma sekadar pandangan macam Prof Dr Aziz Bari juga) :- Seperti adanya perancangan tertentu dari kalangan pimpinan baru PAS (yang timbul selepas era reformasi) yang tidak “sejiwa” dengan pimpinan yang sebati dengan PAS semenjak dari awal seperti Dr Dzulkifli (bekas pimpinan IRC), Dr Mujahid Yusuf Rawa (JIM/alami), Dr Lo’ Lo’ (JIM), Dr Mariah (JIM), Dato Jaafar Kamaruddin (ABIM-Pro-Anwar) dan lain-lain.- Dr Dzulkifli dan Dr Mujahid Yusud Rawa adalah orang kuat IRC/JIM/alami yang terlibat dengan program “Indimaj” – penggabungan antara jamaah fikrah ikhwan di Malaysia. Mereka ini memang ada krisis dengan jamaah mereka yang sebelumnya kerana mempelopori pendekatan yang kononnya “dinamik” sementara geng-geng yang pro fikrah Ikhwan ni ingin menjaga ketulinan jamaah. Sekarang mereka bawa masalah dalam PAS juga dengan idea “dinamik” kononnya.- Dr Mariah juga bermasalah dengan PAS kawasannya menurut sumber yang saya perolehi. Dia sepertinya hanya beranggapan PAS ini adalah sebuah gerakan politik bukan gerakan tarbiyah. Dia hanya melibatkan diri dengan aktiviti politik PAS, tetapi tidak terlibat dengan usrah kawasan atau muslimat PAS.5. Jika kita meneliti dari masa ke semasa perkembangan dalam PAS, kita juga akan dapat melihat bila timbulnya isu puak Erdogan dan puak Erbakan dalam PAS. Ia bermula dari lawatan rasmi Pimpinan PAS ke Turkey. Di sana Dr Dzul bersama Hanifa Maidin telah mengadakan dialog dengan AKP dan Refah. Dr Dzul menyatakan bahawa jika situasi di Turki berlaku di Malaysia, PAS akan memilih cara pendekatan AKP pimpinan Erdogan. Benarkan PAS akan memilih pendekatan tersebut atau Dr Dzul sahaja? Ikhwan Muslimin pun ada mengkritik, menegur dan memberi nasihat kepada AKP yang dilihat agak liberal dalam pendekatannya yang dibimbangi akan melangkahi prinsip Islam.6. Dalam pemilihan pimpinan PAS tahun 2004 di Kelantan, tersebar ketika itu adanya gerakan dari kumpulan ini yang diistilahkan oleh sesetengah perwakilan sebagai “anai-anai” yang mengangkat Ustaz Nasharuddin bagi mencabar Ustaz Hasan Syukri selaku Timbalan Presiden. Pada waktu itu, mereka melihat Ustaz Nasharuddin sebagai anak didik Ustaz Fadhil Noor adalah “pembuka jalan” kepada mereka di dalam tampuk kepimpinan PAS. Pada ketika itu juga “mereka” mencalonkan Ustazah Azizah dari Pahang untuk mencabar Ustazah Fatimah (isteri Ustaz Harun Taib) selaku ketua muslimat. Anda boleh melihat sewaktu Ustazah Azizah menjadi ketua muslimat, wajah siapa yang lebih menonjol dalam harakah dan program muslimat, kalau tidak wajah Dr Mariah dan gengnya.7. Tetapi, setelah Ustaz Nasharuddin memegang jawatan tersebut, beliau rupanya tidak dapat dimanfaatkan oleh “geng anai-anai” tersebut lantaran beliau adalah pemimpin yang faham dan melalui tarbiyah jamaah semasa di peringkat kampusnya dahulu. Akhirnya kumpulan ini merancang agenda seterusnya. Namun Alhamdulillah, ahli PAS yang ditarbiyah dengan tarbiyah PAS menyedari rentak tari yang semakin tampak sumbangnya itu. Dalam pemilihan 2006 juga di Kelantan (rasanya), ahli yang pro tarbiyah PAS ini mencalonkan Ustazah Nuridah Salleh dan Wan Hasrina bagi mencabar Ustazah Azizah dan Dr Lo’ Lo’. Dr Mariah telah dikalahkan di peringkat kawasan lagi. Sementara untuk menunjukkan PAS ini tidak boleh dikawal oleh “anai-anai” tersebut, pihak pro Tarbiyah PAS ini mencalonkan Ustaz Harun Taib bagi mencabar Ustaz Nasharuddin walaupun sebenarnya mereka tidak pun berhasrat menaikkan Ustaz Harun sebagai Timbalan Presiden. Pencalonan itu hanya sebagai petunjuk dan amaran kepada puak “anai-anai” ini.8. Geng “anai-anai” ini kemudiannya menyusun kembali agenda mereka. Nampaknya, mereka tidak mungkin mampu menggugat pemimpin senior dalam PAS yang sejati dan sebati ini. Maka idea “dinamik” mereka itu tidak dapat dilaksanakan. Pendekatan seterusnya ialah dengan menonjolkan “pemimpin muda” lain dalam PAS yang boleh dikawal oleh mereka. Dato’ Husam Musa adalah tokoh yang dilihat sebagai peluang mereka seterusnya. Selain dari dokongan pembesar-pembesar Kelantan, Husam adalah “penyejuk mata” kepada TGNAA. Orang yang mungkin dilibatkan sama dalam permainan ini ialah Annual Bakri, selaku pembantu dan pendamping TGNAA. Selepas PRU 2008, dengan jawatan sebagai ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri, YB-YB geng anai-anai ini merangka kembali agenda besar mereka. Ketika inilah menonjolnya seorang tokoh lama PAS yang sebelumnya “bertapa” kemudian dengan kemenangan sebagai AP Shah Alam, merasa besar kepala apabila di kelilingi oleh “anai-anai” ini.9. Dalam pemilihan PAS 2009, agenda mereka ialah menaikkan tokoh-tokoh baru ini. Perancangan pertama menurunkan Ustaz Nasharuddin dan bonusnya ialah jika boleh menjatuhkan TG Haji Abdul Hadi. Demi menjaga sentimen ahli PAS yang sangat kasih terhadap Tok Guru Haji Abdul Hadi, maka mereka melalui Husam Musa dan pembesar PAS Kelantan beserta sentimen kenegerian Kelantan-Terengganu telah secara halus melibatkan TG Nik Abdul Aziz. Mereka memanfaatkan sepenuhnya kekangan yang ada pada TG Nik Abdul Aziz yang sering uzur serta sikap sangat percaya beliau kepada orang bawahannya di Kelantan, untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Di sini barulah TG Nik Abdul Aziz terlibat. Kalau ahli PAS sekalian mendampingi Tuan Guru dengan dekat, tuan-tuan akan menyedari kekangan ini. Mungkin inilah jua yang cuba diluahkan oleh anak beliau, Nik Abduh dalam tulisannya yang kontroversi dulu, tetapi beliau dihentam hebat. TGNAA sebenarnya sangat uzur. Lihatlah ketika beliau menyampaikan kuliah di Masjidnya setiap selepas Subuh Jumaat. Tidak sedikit dari urusan kerjanya diwakilkan kepada pembantu-pembantunya di Kelantan. Beliau memang sudah sesuai untuk berehat. Tetapi, situasi PAS dan rakyat di Kelantan masih memerlukan pengaruh beliau. Tidak perlulah kita membesarkan tentang kroniknya PAS Kelantan dengan “klik” dan “puak”nya. Malah ada pemerhati yang memberi pandangan bahawa factor kekalahan wakil PAS dalam Muktamar yang lepas adalah kerana “klik” sesame Kelantan inilah, bukan kerana factor luar. Masalah ini memerlukan perlunya TGNAA di Kelantan.10. Saya sangat bersangka baik bahawa TGNAA, Dato’ Husam Musa, Ir Khalid Samad, Dr Hatta dan klain-lainnya bukanlah pemain wayang kulit sebenar. Bagi saya mereka ini orang baik yang mungkin secara tidak disedari, terpengaruh dengan geng anai-anai tadi. Pemain yang sebenar adalah penama anai-anai yang saya sebutkan tadi. Mungkin sahaja mereka menafikan. Kalau mereka nafikan, ini bermakna mereka semakin sebati dengan anai-anai tadi…11. Pada pandangan saya, Muktamar Khas tidak perlu diadakan kerana ahli telah membuat keputusannya dalam muktamar yang lepas. Yang terpilih sudah terpilih. Hormatilah keputusan ahli. Ahli telah menghantar isyarat yang jelas bahawa mereka masih inginkan TG Haji Abdul Hadi memimpin PAS. Mereka masih mahukan Ustaz Nasharuddin memimpin PAS. Ahli juga telah memberi isyarat bahawa mereka suka dengan pimpinan yang komit dan setia seperti Ustaz Tuan Ibrahim, Saudara Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Ustaz Idris, Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustazah Nuridah dan sebagainya. Tunggulah tahun 2011, kita buat pemilihan baru.12. Maafkan saya kerana tegur menulis perkara ini yang mungkin berbentuk kritikan dan mungkin berbentuk pembongkaran isu dalaman parti. Saya berani berbuat demikian kerena saya mencontohi teladan yang telah ditunjukkan oleh TG Nik Abdul Aziz. Dulu saya hanya memendamnya dan mendiamkan diri kerana mencontohi TG Haji Abdul Hadi, hari ini saya cuba pula mencontohi TG Nik Abdul Aziz dalam berterus terang dan menegur.Saya tidak tahu apa hasil dari tulisan ini. Saya harap ada sesuatu yang dapat kita beri perhatian, khususnya ahli-ahli PAS. Semoga tulisan ini tidak menggemparkan seperti gemparnya tulisan Tok Guru tersebut…. Maafkan saya. Assalamualaikum wrt.-

Saturday, August 25, 2007

Orang Islam minta bantuan kafir

Tidak ada salahnya kaum muslimin --baik sebagai pemerintah mahupun sebagai rakyat biasa-- minta bantuan kepada golongan ghairul Islam dalam bidang pengetahuan yang tidak ada sangkut-pautnya dengan persoalan agama (tidak merugikan agama - peny.), misalnya ilmu kedoktoran, perindustrian, pertanian dan lain-lain. Sekalipun sebaiknya ummat Islam dapat berdiri sendiri dalam hal-hal tersebut.
Dalam sirah nabawiyah (sejarah perjalanan nabi), bagaimana beliau boleh menggaji Abdullah bin Uraiqith --padahal dia seorang musyrik-- untuk menjadi pemandu dalam hijrahnya.
Justru itu para ulama berpendapat: kerana kufurnya seseorang tidak berarti samasekali tidak boleh dipercaya dalam setiap hal. Sebab sedikitpun tidak ada bahayanya orang kafir menunjukkan jalan. Apalagi seperti jalan hijrah ke Madinah.
Kebanyakan para ulama membenarkan kepala negara Islam minta bantuan kepada ghairul muslimin --khususnya ahli kitab-- dalam bidang kemiliteran, dan mereka pun harus diberi ghanimah seperti tentera Islam juga.


Az-Zuhri meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah minta bantuan kepada orang-orang Yahudi dalam bidang militer dan memberinya ghanimah. Dan Shafwan bin Umaiyah pernah berperang bersama Nabi dalam peperangan Hunain, dan tetapi ia menjadi tentara sekutu Nabi. (Riwayat Said dalam sunannya).

Namun disyaratkan, orang yang diminta bantuan itu haruslah orang yang beri'tikad baik terhadap kaum muslimin. Kalau tidak, sudah barang tentu tidak boleh minta bantuannya. Sebab kalau kita sudah tidak boleh minta bantuan kepada orang Islam yang tidak dapat dipercaya, misalnya orang yang meninggalkan perang dan suka menyiarkan berita-berita bohong, apalagi minta bantuan kepada orang kafir yang bersifat demikian?! (al-Mughni 8: 41).

Orang Islam dibenarkan juga memberi hadiah kepada ghairul Islam dan begitu juga menerima hadiah dari mereka. Sebab Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menerima hadiah dari raja kafir [39]. Bahkan ahli-ahli hadis mengatakan: hadis-hadis yang menerangkan Nabi pernah menerima hadiah dari orang kafir itu sangat banyak. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya:
"Sungguh saya pernah memberi hadiah kepada raja Najasyi sebuah baju dan beberapa uqiyah dari sutera ..." (Riwayat Ahmad dan Thabarani)Islam selalu menghargai manusia dari segi kemanusiaannya, bagaimana pula kalau dia itu ahli kitab atau kafir dzimmi?

Pernah ada suatu jenazah diusung di hadapan Nabi, kemudian Nabi berdiri. Salah seorang sahabat ada yang bertanya: Ya Rasulullah! Itu adalah jenazah Yahudi! Jawab Nabi: Bukankah dia manusia juga?! [40]. Benar! kerana setiap manusia dalam Islam mendapat tempat dan penghormatan.

Pejuang neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Wednesday, August 15, 2007

.: Gerakan Islam sebenar :.


Kemunculan Gerakan Islam (harakah Islamiyyah) di seluruh dunia amat
diperlukan sebagai suatu force yang akan memastikan hukum Allah SWT terlaksana di atas muka bumi setelah jatuhnya Khilafah Islamiyyah. Dari segi syara’ ia adalah suatu kewajiban umat Islam berdasarkan nas al-Qur’an dan juga hadith Rasulullah SAW.

Setiap gerakan Islam di dalam sesebuah negara mempunyai peranan pentingnya. Dari segi teori, sebaik-baiknya ada SATU gerakan di dalam sesebuah negara demi perpaduan, menjimatkan tenaga, masa dan wang.
Namun realiti yang berlaku hari ini menunjukkan kemunculan banyak kumpulan Islam yang masing-masing mempunyai haluan yang tersendiri, termasuklah di negara kita.

Dalam konteks Malaysia, PAS adalah satu satunya pilihan sebuah jemaah Islam yang perlu didokongi untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab seperti yang telah disebutkan diatas.
Setiap ahli PAS hendaklah memahami hakikat bahawa dia adalah merupakan anggota kepada sebuah jemaah Islam yang menjadikan politik sebagai wasilah untuk sampai kepada satu matlamat yang besar.
Setiap ahli PAS adalah anggota kepada sebuah jamaah Islamiyah global yang berperanan ditapak tempat dia berdiri.

Kita lihat AS dan UK sering berkempen di pentas dunia betapa bahayanya Iraq kepada dunia. Mereka merantau ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam di Asia Barat meyakinkan pimpinan negara-negara Islam bahawa perang yang akan mereka lancarkan “bukan perang terhadap Islam tetapi pengganas Islam.”
Oleh itu, kita lihat mereka lebih bersikap global apabila menyerang Islam. Tetapi masih ramai umat Islam masih tidak menyedari hakikat ini malah mereka sering bercakaran di antara satu sama lain dan mengambil pula takrif Islam dari sumber yang tidak ada asal usulnya dalam Syariah Islam dalam menangani isu dan maalah mereka sendiri. Akibatnya umat Islam ibarat menumpang dinegara sendiri.

Oleh sebab kuasa-kuasa kuffar bergabung secara global, maka umat Islam dunia juga mesti merencana strategi secara global untuk menangkis serangan pihak kuffar. Di sinilah peranan yang boleh dimainkan oleh Gerakan Islam.

Allah SWT telah mengizinkan beberapa Gerakan Islam di dunia menang bertanding dalam pilihanraya di negara masing-masing – di Turki, Lebanon, Mesir dan banyak lagi termasuk kita di Malaysia.
Pentas demokrasi yang diizinkan perlu diambil kesempatan oleh semua Gerakan Islam dunia supaya suara Islam dibenarkan berkumandang di dewan parlimen masing-masing.

Ini suatu kewajiban yang diizinkan oleh syara’ malah dituntut oleh syara’ dalam konteks dan ruanglingkup dakwah. Inilah pentas politik yang dapat digunakan untuk berdakwah.
Cabaran Yang Dihadapi Umat Islam
Umat Islam kini berada di ambang tekanan yang amat hebat oleh negara-negara yang diperintah oleh orang-orang Islam sendiri termasuklah Malaysia. Dengan itu, Gerakan Islam berhadapan dengan dua musuh:
(i)kuasa kuffar dan
(ii) pemerintah Islam sendiri.
Di dalam negara, pemimpin negara sering menonjolkan pelbagai agenda berlabelkan Islam yang amat mengelirukan ummah, menguatkuasakan pelbagai undang-undang, mengawal masjid-masjid, memporak-porandakan sistem pendidikan Islam dan mengubahkannya supaya menjadi sistem pendidikan formal biasa dan berbagai-bagai lagi.
Di luar negara imej Islam dilabel sebagai pengganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan, ajaran sesat, songsang, fundamentalist dan sebagainya.

Dalam suasana ini intima’ dan iltizam kita kepada jemaah menjadi berlipatkali ganda. Kekentalan jatidiri sebagai anggota sebuah jemaah Islam mestilah dijadikan perisai setiap ketika untuk menangkis cubaan yang merupakan saringan terhadap keikhlasan kita memperjuangkan Islam ini.

Kehadiran kita didalam jemaah ini bukan secara kebetulan tetapi satu kewajipan untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan dalaman ini akan hanya dapat dilaksanakan jika sekiranya urusan tarbiyah menjadi agenda utama setiap ahli.
Tarbiyah hendaklah dilihat dalam aspek nya yang luas yang akan melahirkan pejuang dan bukan hanya sekadar pemidato. Tarbiyah akan melahirkan keyakinan bahawa apa yang sedang kita lakukan ini adalah merupakan satu jihad yang akan pasti menerima kemenangan diakhirat selain mencari kemenangan didunia.
Jemaah yang kita dokongi ini adalah jemaah yang telah lima puluh tiga tahun menjalani proses berbagai untuk menambahkan keyakinan kita terhadap perjuangannya.
Kalau ada kekurangan, kita yang akan membaikinya. Kalau ada kelemahan kita yang akan memperkasakannya. Jemaah ini adalah milik kita untuk diajak pula mereka yang berada diluar sana bersama dengan kita.

‘Sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan ummah, PAS adalah satu dari mata rantai gerakan lslam seluruh dunia. la bersama-sama dengan lhkwanul Muslimin di Mesir, Jamaat al-lslami di benua kecil lndia, Hamas di Palestin dan lain-lain harakah lslam di seluruh dunia, menawarkan khidmat kepada umat lslam supaya bangun bersama lslam dan mewujudkan corak hidup lslam.
PAS telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Dan PAS telah mentarbiyahkan ahli dan penyokongnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan jamaah dari yang lain-lain serta terus beristiqamah, berakhlak mulia dan sentiasa mencerminkan syakhsiyah lslam. Juga meletakkan budaya dan ciri-ciri kenegaraan lslam di dalam setiap diri.
Pendokong gerakan lslam mestilah menjadi contoh yang baik untuk diteladani dalam apa juga bidang. Perlu diingat bahawa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah sebahagian dari ibadah.
Ahli-ahli gerakan lslam hendaklah sentiasa merasakan diri terpanggil apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan khidmat dan pembelaan lslam serta hendaklah peka terhadap setiap perkembangan dan kejadian.

Setiap pendokong gerakan lslam hendaklah dari masa ke masa memperbaiki akhlak serta mempertingkatkan ilmu disamping sering bermuhasabah atau memeriksa diri sendiri.
Justeru itu, peribadi dan akhlak ahli-ahli PAS secara langsung mencerminkan suatu dakwah yang boleh menarik dan memikat masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS.
Ahli-ahli PAS berkewajipan melahirkan tanggapan positif masyarakat terhadap PAS. Mereka wajib mempertahankan nama baik jamaah sehingga segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap PAS dapat dihapuskan.

Mereka yang berpandangan positif terhadap perjuangan PAS layak untuk bersama PAS, dan pintu PAS sentiasa terbuka kepada mereka.
Seseorang lslam yang berhasrat untuk berjihad dan ingin memberi sumbangan kepada agama dengan apa yang ia mampu dan mereka yang ingin melihat lslam didaulatkan, serta insaf akan masalah dan himpitan yang dihadapi oleh lslam dan umatnya, dan berazam untuk mencari keredhaan Allah, maka mereka ini akan dapat bersama dengan PAS dan perjuangan ke arah tadi.

Ketika PAS muncul di awal penubuhannya lalu, politik lslam dianggap asing oleh sesetengah pihak. la dianggap tidak wajar wujud dan tidak secucuk dengan zaman.
Undang-undang lslam dilupai dan tidak mungkin dikemukakan semula. Tetapi hari ini, suka atau tidak suka, semua pihak di luar PAS sama ada dari dalam atau luar negara telah menerima hakikat bahawa adanya politik lslam.

Malah kini ada yang sudah pandai menyebut siasah syariah, maqasid syariah dan beberapa istilah lagi yang telah diperkenalkan oleh para ulama lslam sejak dari abad awal hijrah lagi.
Konsep siasah dalam lslam sudah menembusi telinga, tembok batu dan bangunan cermin di seluruh dunia. la adalah satu kejayaan hasil dari perjuangan gigih umat lslam dan harakahnya yang tidak pernah mengaku kalah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Tuhan bahawa agama ini (lslam) akan sampai ke mana juga selagi mana sampainya malam dan siang”.
Kita yakin semua aspek dalam perbendaharaan lslam akan menjadi agenda yang bertambah penting bagi semua pihak termasuk mereka yang masih menaruh prasangka terhadap lslam.
Justeru itu, kita jangan jemu dan penat untuk menerus dan meningkatkan perjuangan supaya para petualang tidak menguasai suasana dengan menggunakan modal lslam dan kita jangan sekali-kali membiarkan politik dan suasana menguasai lslam, tetapi perjuangkanlah supaya lslam menguasai politik dan suasana.
Sejarah manusia sepanjang zaman mengesahkan betapa getirnya pertarungan antara golongan yang berkuasa dengan yang lemah. Golongan yang lemah ditindas dan dizalimi sekalipun mereka berada di pihak yang benar.

Golongan yang berkuasa pula biasanya memiliki kekuatan dan keupayaan yang tidak mampu disaing oleh golongan lemah. Mereka bukan sahaja dapat menguasai rakyat melalui kuasa yang ada, malah mereka menundukkan rakyat melalui tipu helah yang bertopengkan kebaikan dan kepentingan rakyat (umum).
Fenomena ini terus berjalan dari zaman ke zaman. la adalah sandiwara hidup yang dipentaskan di dunia, cuma yang bertukar ialah pelakonnya sahaja.

Sejarah lslam telah memaparkan melalui kisah-kisah al-Quran dan Sunnah tentang kepedihan dan ranjau-ranjau yang pernah dilalui oleh para anbia dan Rasul-rasul a.s. serta pengikut-pengikut mereka dalam menyampaikan risalah Allah kepada manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji” - (al-Buruuj: 8).
Golongan yang mahukan kepada lslam seringkali dihina, dicemuh, ditohmah, difitnah dan berbagai lagi tindakan yang dilakukan oleh golongan kuffar yang berkuasa. Golongan ini terus menolak seruan yang dibuat sekalipun seruan dan dakwah itu untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

Al-Quran telah memaparkan peristiwa pertarungan antara Nabi lbrahim a.s. dengan Namrud, Nabi Musa a.s. dengan pemerintahan Firaun dan akhirnya antara Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Mekah.
Semua peristiwa ini menjadi contoh bagi meningkatkan keyakinan kita dalam perjuangan lslam yang kita dokong selama ini.
Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang memakan masa lebih dari dua dekad adalah contoh terdekat untuk kita renungi dan pelajari.
Para rasul sebelumnya hanya menghadapi satu barisan musuh sahaja iaitu kekuasaan dan kekuatan kuffar setempat.
Keadaan ini berlainan dengan suasana yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW, di mana baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kuasa kuffar dari dalam dan luar disamping penyatuan barisan di kalangan mereka yang mendakwa sebagai Muslim iaitu golongan munafiqin dengan kekuatan kuffar dalaman yang terdiri daripada kaum Yahudi dan musyrik Arab.

Meskipun demikian, seluruh barisan musuh telah dapat dipatahkan, malah ramai dari pengikut golongan kuffar telah memeluk lslam dan menerima ajarannya yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu, bahkan ikut memperjuangkannya pula.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang bathil telah hilang lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap” - (al-lsra’: 81).
Sungguhpun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita 14 abad yang lalu, tetapi risalah lslam terus berjalan dan berkembang.
Generasi demi generasi terus mempertahankan risalah lslam dan memperjuangkannya dengan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dalam bentuk yang sama seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW atau cabaran dalam bentuk baru.
Sesungguhnya, musuh-musuh lslam mempunyai matlamat untuk menghancurkan lslam dan kekuatan ummahnya. Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya” - (at-Taubah: 32).
Hari ini gerakan lslam atau harakah lslam terus mewakili cabaran yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW.
Suasana yang dihadapi kian hari kian meruncing. Pendokong gerakan lslam kini terdiri daripada manusia biasa, keupayaan yang mereka miliki adalah terhad.

Sementara penentang-penentang lslam semakin rakus dan ganas. Dalam keadaan serba terhad ini kita menghadapi gabungan kekuatan kuffar dan munafiqin serta konspirasi hebat mereka.
Penentang gerakan lslam hari ini telah mempelajari pengalaman yang pernah dialami oleh kuasa kuffar dunia bahawa selagi mereka menentang lslam secara terbuka dan menggunakan kekerasan, selama itulah umat lslam tidak akan kecundang atau tunduk kepada mereka.
Oleh itu mereka telah mengubah strategi yang dianggap sebagai baru iaitu dengan menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan lslam dan nasib ummahnya, malah ada di antara mereka yang mendakwa bahawa merekalah pejuang lslam yang sebenar.
Mereka menuduh gerakan lslam sebagai golongan yang menyeleweng, ekstrim, pelampau dan sebagainya.
Mereka menonjolkan kepentingan maddi dan duniawi yang dapat mempesonakan orang-orang awam biasa dengan berselindung di sebalik slogan-slogan pembangunan yang kononnya selari dengan ajaran lslam.
Mereka menggunakan lslam untuk menentang lslam. Mereka mulai mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang kononnya menyokong tindakan-tindakan mereka.

Mereka melaksanakan program yang berbentuk agama yang dapat memberikan keuntungan kebendaan dan keduniaan, tetapi membiar dan merelakan kemungkaran dan kemaksiatan bermaharajalela di hadapan mereka. Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Dan demikianlah kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya” - (al-An’am: 123).
Kita hendaklah sedar bahawa apa juga bentuk rancangan jahat yang telah diatur oleh mereka bagi menghalang dan menentang lslam tidak mungkin berjaya, sebaliknya lslam akan terus berkembang dan mara ke hadapan.
“Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan jahat mereka (untuk menentang lslam) sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu dapat melenyapkan gunung-ganang” - (lbrahim: 46).

Dalam konteks negara kita Malaysia, PAS sebagai satu wadah perjuangan ummah hendaklah meneruskan perjuangan tersebut demi untuk keagungan lslam dan menegakkan perintah Allah di atas muka bumi ini.
Justeru itu, PAS hendaklah tetap dengan identitinya disamping berkewajipan pula menyatu dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan penyokong-penyokongnya.
Dengan kesepaduan sokongan daripada ahli-ahli dan penyokong, PAS bukan sahaja mampu menghadapi lawan dengan mudah, malah boleh mengerunkan pula mereka.
Untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan, semua ahli dan penyokong-penyokong PAS bermula dari peringkat pimpinan atas hinggalah kepada ahli-ahli biasa hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada setiap arahan jamaah walaupun arahan-arahan itu berat dirasai.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menjadi kewajipan atas setiap Muslim mendengar dan mematuhi sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka”.

Perlu ditegaskan bahawa PAS mempunyai syakhsiyahnya tersendiri dan ia bergerak serta berjuang mengikut peraturan dan khittah parti. Apa yang PAS lakukan adalah kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu.
Sebagai jamaah yang mempunyai sikap dan syakhsiyahnya, perjuangan PAS tidak mungkin boleh dijual beli.
Atas sebab-sebab itu maka PAS, tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya ia boleh menjejaskan dasar dan syakhsiyah PAS. Sungguhpun demikian, PAS tetap mengamalkan sikap terbuka.
PAS sedia berunding dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan ummah sama ada dari dalam atau luar negara.
PAS bukanlah sebuah gerakan yang memencilkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Di dalam negara, PAS telah bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46, Berjasa dan Hamim bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

PAS bekerjasama dengan parti-parti ini kerana mereka menghormati dasar perjuangan PAS. Sebaliknya PAS tidak dapat bekerjasama dengan UMNO dan seumpamanya yang tidak dapat menerima dan menghormati dasar PAS.

Sementara diperingkat antarabangsa pula, PAS mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa gerakan lslam, dan hubungan ini begitu rapat sekali. PAS bersama gerakan tersebut (lslam) adalah kerana mereka memiliki dasar dan aspirasi matlamat yang sama dengan perjuangan PAS.
PAS juga sentiasa bersama-sama dengan umat lslam di mana-mana sahaja, terutamanya mereka yang ditindas, didera dan dizalimi.
PAS pernah menyokong umat lslam di lran kerana PAS yakin mereka dizalimi. PAS juga bersama umat lslam di lraq dalam menghadapi pakatan jahat Amerika dan sekutu-sekutunya dahulu.
Komitmen PAS terhadap perjuangan umat lslam Palestin, Kashmir, Bosnia-Herzegovina, lndia, Rohingya, Moro Filipina, Afghanistan, Chechen dan lain-lain tetap tinggi, malah semakin meningkat.
Apa yang PAS lakukan adalah berdasarkan kepada ajaran lslam itu sendiri, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak beriman di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri”.
Apabila PAS menyokong mana-mana negara lslam atau gerakan lslam, bukanlah bererti PAS telah diperalatkan oleh mereka.
Sekali lagi dinyatakan bahawa PAS mempunyai visionnya yang tersendiri. PAS juga mempunyai dasar dan sikapnya sendiri. PAS tidak bersedia untuk diperalatkan oleh mana-mana pihak dan PAS tidak mungkin menerima sebarang arahan dari mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar.

Dasar dan pegangan PAS tidak lain adalah memperjuangkan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang.
PAS bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan lslam. PAS terus menjadikan lslam sebagai landasan perjuangan dan menjadikan lslam sebagai matlamat gerak kerjanya.
PAS juga tidak pernah bercadang untuk mengikut jejak langkah orang lain yang sentiasa berubah dasar perjuangan mereka’.
Strategi BA yang menggabungkan PAS-Keadilan-DAP-PRM pada peringkat permulaan ditubuhkan dikira amat bertepatan dengan realiti politik semasa Malaysia dalam konteks menentang BN dan jika ditakdirkan Allah, akan menumbangkan BN dan BA akan memerintah pula.
Sebelumnya, semua parti pembangkang berdiri sendiri dan menentang BN yang menggabungkan banyak parti.
Namun pada Pilihanraya November 1999, strategi BA telah menampakkan hasil dan PAS mengekalkan Kelantan, berjaya menakluk Terengganu dan hampir menakluki Kedah.
Kedudukan PAS dalam BA telah diputuskan oleh Majlis Syura dan Dewan ‘Ulama’. Ia juga mengambil kaedah at-Tahalluf as-Siyasi yang dibenarkan.
Selain kebolehan dari segi syara’, BA mempunyai beberapa kebaikan kepada PAS, di antaranya:
(a) Kekuatan pembangkang akan disatukan dari segi politik. Ini ternyata amat membimbangkan BN.
(b) PAS dapat mengeksport idea Islamnya kepada parti-parti lain yang bergabung dengannya di bawah BA terutama kepada kaum bukan Islam. Ini sangat penting dari segi politik jangka panjang. Dengan kata lain, melalui BA pun, PAS sedang berdakwah.
(c) Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk. BA adalah latihan awal bagi PAS untuk memahami kepelbagaian kaum di bawah satu entiti politik. Dulu kita pernah ada CCC, namun ia cuma sebuah unit kecil di dalam PAS. Namun dengan adanya BA, runglingkup politiknya lebih luas dan lebih mencabar.
PAS berpandangan kesepakatan poltik BA perlu diteruskan. BA yang mendapat sokongan kuat almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor akan diteruskan sehinggalah diputuskan sebaliknya oleh Majlis Syura dan Dewan ‘Ulama’ PAS sama ada PAS akan kekal dalam BA atau keluar daripadanya.
Prospek entiti politik BA amat cerah jika perpaduan pelbagai parti dalam BA dapat dikawal dan persefahaman yang baik dapat dijaga. Jika BN kekal sehingga kini, maka BA pun boleh malah lebih baik daripada BN, insya’ Allah.

Satu aspek penting yang tidak boleh kita lupai ialah hakikat bahawa PAS mesti mengambilkira suara bukan Islam/Melayu dalam konteks Malaysia.
Suara Islam PAS mesti benar-benar difahami oleh rakyat bukan Islam/Melayu. Kita berpendapat bahawa, disebabkan fahaman Islam sebenar telah berjaya dimainkan oleh media antarabangsa dicampur dengan tafsiran sekular yang dibawa oleh UMNO telah mencemarkan Islam yang suci.
Inilah tugas berat yang telah, sedang dan akan terus dipikul oleh PAS di Malaysia.

Setiap petugas PAS mesti memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap perjuangan PAS dalam rangka menegakkan kalimah Allah di Malaysia. Penglibatan PAS dalam politik kepartaian adalah salah suatu wasilah perjuangannya mengambilkira sistem demokrasi yang membenarkan ia bertanding dalam pilihanraya setiap 4 atau 5 tahun.
Kewajiban kita bertambah apabila kita diberi mandat oleh dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu untuk diperintah oleh PAS. Maka inilah ujian yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dalam bentuk “kemenangan sementara”.
Jika kita berjaya lalui ujian ini, maka diuji lagi iaitu memerintah sebuah negara bernama Malaysia!
Melihatkan scenario ini, maka adalah menjadi kewajiban setiap petugas memahami perjuangan PAS sepenuhnya.
Rakyat sudah muak dengan sepak terajang politik murahan UMNO serta sekutunya dalam BN.
UMNO sanggup menggadai maruah Islam dan Melayu dalam memastikan “the end justifies the means”. “Inilah UMNO yang kita kenal dari dulu, sekejap menjadi kawan, tetapi lebih lama jadi lawan” mengungkap kembali kata-kata almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, pimpinan yang meletakkan asas BA.

Penutup

Apapun dan bagaimana jauhnya langkah kita dalam pentas dakwah, pentas politik dan BA, namun Islam yang menjadi dasar pegangan kita dalam parti PAS tidak boleh dicemari.
Jika berlaku percanggahan di antara prinsip-prinsip Islam dengan strategi, maka yang perlu dipinda ialah strategi dan uslub dan bukannya dasar Islam kita.
Inilah adalah asas kita dan kita tidak boleh menggadaikan asas Islam kita walaupun atas dasar strategi politik semasa untuk meraih undi!
Ingat bahawa PAS masih sebuah Gerakan Islam dan bukan hanya semata-mata sebuah parti politik yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan.

Monday, August 13, 2007

.:Kewajipan mengundi dalam Islam.:.

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.
Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal
Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?
Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita.
Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.
Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam
Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.
Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.
Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.
Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

Persiapan buat kepimpinan Islam

Sesebuah Harakah Islamiyah perlu didukungi oleh para da’ie yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha ta’rif (dakwah), takwin (tarbiyah), tanfiz (pelaksanaan tugas) dan tamkin (pengukuhan).
Dalam menjalankan kegiatan dakwah, setiap da’I hendaklah memiliki beberapa persiapan yang perlu untuk memastikan mereka akan terus istiqamah di atas jalan perjuangan ini.

Di antara persiapan-persiapan yang perlu diberikan perhatian ialah:

PERSIAPAN ILMU

Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah persiapan ilmu.
Secara keseluruhannya, setiap da’ie perlu memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi proses pembentukan jamaah, pelaksanaan dakwah, proses mengambil alih kuasa pemerintahan, penggubalan perlembagaan, pelaksanaan sistem pendidikan, sosialisasi masyarakat, penguatkuasaan undang-undang dan konsep hubungan antarabangsa Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran, al-Sunnah dan sejarah Islam.
Sekurang-kurangnya setiap da’ie berkewajipan mengetahui ajaran dan system hidup Islam secara umum, pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam menghadapi masyarakat, perkembangan politik semasa.
Sebagai para pendokong PAS, setiap da’ie hendaklah memahami penubuhan, perlembagaan, pengurusan dan pentadbiran PAS yang diperjuangkannya.
Demi kebebasan dakwah, setiap da’ie perlu mengetahui ilmu dan selok-belok dakwah seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah, perancangan dakwah dan pengurusan dakwah.
Sebagai pelengkap kepada ilmu-ilmu di atas, seseorang da’ie juga perlu menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti bahasa Arab, ilmu Usuluddin, Usul al-Fiqh, ilmu Maqasid al-Syariah, Fiqh al-Awlawiyat, al-Siyasah al-Syar’iyyah serta sejarah pemerintahan dan pembinaan hukum Islam.
Kemantapan ilmu akan menjadikan para da’ie lebih berkemampuan dalam memberikan gambaran yang jelas sama ada berkenaan asas-asas ajaran Islam dan hukum-hukum Islam yang bersifat ilmiah dan semasa seperti tahaluf siyasi, konsep negara Islam, kedudukan non-muslim di dalam negara Islam, hubungan antarabangsa Islam dan lain-lain.

PERSIAPAN MENTALITI

Di antara persiapan yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah sifat bijaksana (fatanah) iaitu mempunyai daya berfikir yang tinggi dalam mengembangkan fikrah dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah,mengenalpasti kelemahan, mencari sasaran, membuat keputusan dan mengambil peluang daripada sesuatu kesempata yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang diperjuangkannya.
Seseorang da’ie yang telah memiliki persiapan ilmu yang memadai, mempunyai banyak pengalaman daripada usaha-usaha dakwahnya, bijaksana dalam memupuk daya kepimpinannya secara langsung akan memiliki mentaliti yang tinggi dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, taktik dan strategi yang berkesan dalam memimpim gerakan dakwah PAS ke arah mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.

PERSIAPAN JASMANI

Setiap da’ie berkewajipan menjagai kesihatan jasmani dengan cara mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat.
Lantaran itu, setiap da’ie berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada dirinya seperti serap meminum minuman yang manis, makan banyak dan merokok.
Setiap da’ie juga berkewajipan mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota jasmaninya melalui latihan-latihan yang tertentu seperti bersenam, berenang, menembak dan mendaki gunung.

PERSIAPAN ROHANI, AKHLAK DAN DAYA KEPIMPINAN

Di antara persiapan rohani yang perlu dimiliki oleh para da’ie ialah meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara’ dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah serta merindui keampunan dan keredhaan Allah.
Manakala akhlak pula perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w.
Berhubung dengan persiapan daya kepimpinan pula, setiap da’ie mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain.
Seseorang da’ie yang memiliki persediaan di atas adalah diharapkan lebih berjaya dalam mempengaruhi masyarakat berbilang kaum dan seterusya mencapai matlamat dakwah dan politik.

ISMA : Satu Pendedahan!!!

Dalam menjalani kehidupan harian seorang penda’ie yang meletakkan intima’ sepenuhnya harakah Islamiah, kita sering berhadapan dengan banyak perkembangan pemikiran yang semuanya seakan sama menjurus ke arah untuk mendaulatkan Syariah Islamiah. Setiap gerakan mendakwa bahawa gerakan merekalah yang mampu membawa umat ke jalan yang betul dan mampu mengislah masyarakat. Persoalan tarbiah, ekonomi dan seumpamanya menjadi dasar dalam agenda untuk memastikan kejayaan menegakkan Daulah Islamiah. Kekadang mereka tidak berpuas hati dengan gerakan awal yang memperjuangkan Islam lantaran beralasan tidak punya tarbiah dan seumpamanya. Lantaran itu mereka menubuhkan gerakan lain yang jelas penubuhannya membawa kepada perpecahan. Maka kertas kerja ini ditulis lantaran untuk membetulkan beberapa fakta yang diputarbelitkan oleh mereka dan menelusuri sedikit sebanyak sejarah untuk panduan para penda’ie sekalian.

SEJARAH PENUBUHANNYA
GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM

Kita mulakan perbicaraan dengan melihat kepada gerakan Islam di United Kingdom (UK). Usaha dakwah pelajar-pelajar Malaysia di UK sebenarnya bermula di tanah air sendiri iaitu di Universiti Teknologi Malaysia sekitar hujung tahun 1960-an dan 70-an. Sekumpulam pelajar kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiah oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Bandung bernama Pak Iamadudin bin Abdur Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah. Pada awal tahun 1970-an, perjuangan Islam di Malaysia didokongi oleh dua kumpulan jamaah atau harakah terbesar iaitu Parti Islam Se-malaysia (PAS-wadah penekanan yang syumul) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM-wadah belia dan non patisan). Bagaimanapun, hubungan antara kedua-dua adalah erat seperti kata pepatah, bak isi dengan kuku, setiap satu daripadanya memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (masing-masing berintima’ dengan ABIM dan PAS sekaligus). Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.

MELANJUTKAN PELAJARAN

Pada awal 70-an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UK. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebahagian besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di UK. Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka tertumpu di kawasan Brighton (selatan UK) dan Glasgow (selatan Scotland). Semasa di UK, pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudah pun wujud dua kumpulan dakwah besar, setiap satu mempunai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah jamaah Tabligh dan UK Islamic Mission (cawangan jamataul Islami Maududi, Pakistan).

PERPECAHAN

Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fitrah dan tanzim telah terbelah dua – satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain seperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin,Mesir. Ekoran dari itu maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara dua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selaepas solat Jumaat di mana pengikut tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari’e kerana seolah-olah mengahalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

PENUBUHAN IRC

Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-dua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil satu bentuk wadah atau platform yang dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkan usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.
Malangnya usaha yang murni ini gagal mencapai objektifnya – yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalis tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Apa yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/76.

SUARA AL ISLAM

Sebelum sempat IRC stabil, kepimpinannya mula mengalami pergolakan. Beberapa orang kepimpinannya telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al Islam (SI). Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan yang hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiah, sementara SI memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat. Dengan itu, program tarbiah riadah menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa taghut dalam masyarakat. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli SI memilih jalan yang wajar dan menepati syara’ untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan SI. Lagi pula PAS merupakan harakah /jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan daulah Islamiah di negara ini.
Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pimpinan dan ahli IRC kembali ke tanah air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada seperti PAS dan ABIM, bahkan sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam pada masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di UK, kini IRC secara disedari atau tidak memeinkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersepadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t dalam surah As Soff : 4 ,

JAMAAH BARU DI MALAYSIA

IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan rasulNya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia walaupun suadah wujud jamaah Islam. Allah s.w.t telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas dalam kitab suci al Quran. Surah Ali Imran : 103,
Surah Al Anaam : 159,
Disamping itu terdapat juga banyak hadis Rasulullah s.a.w yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru. Sabda baginda yang bermaksud : “Hendaklah kamu bersama-sama jamaah muslimin dan pimpinan mereka”.
Sabdanya lagi, “Berjamaah itu rahmat dan berpecahbelah itu azab”.
Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman tidak rasmi atau tidak bertulis telah dicapai. Hasilnya, ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke UK dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia. Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke tanah air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai tarbiah, matlamat perjuangannya pula tidak jelas dan seumpamanya meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan penyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiah). ABIM yang memiliki beberpa lulusan Al Azhar pada barisan pimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiah Ikhwanul Muslimin diragui tenteang matlamat perjuangannya oleh kumpulan yang rat-rata berpendidikan bukan agama, iaitu mereka yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam sahaja seminggu.
IRC mula bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan akademik universiti. Sebagaimana yang dijangkakan, berlakulah peristiwa pijak memijak kaki antara satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hunungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke UK disebabkan kebuntuan kemerosotan dan kehilangan keahlian dari kalangan lulusan UK. Maka ditubuhkan ABIM-UK sekitar awal 80-an.

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH BELAH

Dengan tertubuhnya ABIM-UK, perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah belah kepada empat kumpulan besar iaitu tabligh, IRC, SI dan ABIM disamping wadah nasionalis UMNO-UK.
Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa penjajahan mereka di negara kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertunuhan-pertunuhan pelajar seperti ‘Islamic Society’ dan ‘Malaysian Students Society’ di hampir setiap institusi yang msana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan mesyuarat agung tahunan sesebuah pertubuhan, ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat. Sebelah dewan diduduki oelh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM. Berlakulah pertikaman lidah antara kedua-dua puak, masing-masing cuba menegakkan kepentingan sendiri. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami ahli-ahli IRC dan ahli-ahli ABIM pula menginap di tempat lain. Apabiala diadakan kenduri , ahli-ahli sesebuah kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w diubah daripada empat perkara (agama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri mestilah ahli kumpulan yang sama.
Jika direnung dengan tajam, daripada apa yang telah berlaku perasaan sedih dan malu tercalit di hati. Islam adalah agama yang suci, agama yang benar dan agama yang tunggal yang diredhai Allah, malangnya seolah-olah agama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan. Apa yang sedihnya, keadaan ini berlaku di luar negara yang majortinya golongan kafir. Sepatutnya para mukminin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada non muslim sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hti mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhuwah atau persaudaraan Islam yang telah kabur daripada menjadi sesuatu yang menyatupadukan antara iman dan kufur kepada menjadi suatu jamaah yang memisahkan satu jamaah yang lain. Sebenarnya Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhuwah yang betul, iaitu seperti firmanNya : surah Al Hujurat : 10,
Ayat tersebut tidaklah menerangkan “ Sesungguhnya ahli-ahli IRC sahaja yang bersaudara” atau “ Sesungguhnya ahli-ahli ABIM sahaja yang bersaudara” atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setipa individu yang mengaku beriman kepada Allah Taala dan rasulNya. Allah s.w.t telah menyatukan hati-hati orang yang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka. Justeru, siapakah anda dengan membuat jamaah baru ?, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin yang satu mengikut anda sementara yang lain mengikut jamaah yang sedia wujud !
ABIM BERGOLAK Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia berlaku pada tahun 1982. Apabila saudara Anwar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai parti asobiah iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah menjadi dua, satu kumpulan meyokung Anwar dan satu lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Mak ramailah pejuangpejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun menyertai PAS yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.

IRC BUNTU

IRC di Malaysia pada mas itu menghadapi keadaan yang sangat buntu iaitu mereka yang inginkan Islam memberi thiqah dan wala’ pada pmpinan PAS, sementara kepmpinan IRC masih besembunyi dn idak mengisytiharkan siapa mereka. Olehtu ummah tidak dapamenilai sejauh mana kewibwaan pimpinannya, apakah mereka itu berani berdepan dengan taghut ataupun tidak ? Ataupun mereka hanya berani menghentam taghut di dalam usrah dan tamrin yang tertutup sahaja yang dihadiri oleh orang-orang yang terpilih ? Apakah meraka benar-benar memiliki akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar daripada rupa ? Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja ? Tahukah dia selok-belok agama khasnya hokum-hukum keqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seorang pemimpin harakah Islamiah ? Persoalan ini menjadi tanda tanya kepada ummah supaya amir IRC dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya, sama ada tindakan itu menepati syara’ atau tidak.
Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah daripada kalangan ulamak yang berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu murtad, kristinisasi dan hak-hak istimewa orang Melayu bahkan berani dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah ada yang telah syahid di jalan Allah. Contohnya almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat semasa kejadian Memali (semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh syuhada’ Memali). Di manakah IRC dalam berhadapan dengan permasalahan seperti ini ? Mengapakah mereka mendiamkan diri atau adakah kedudukan mereka hanya sekadar tidak merelakannya di hati sedangkan dalam masa yang sama IRC mendakwa mempunyai tenaga pakar, intelektual dan agamawan yang ramai ?.

STRATEGI BARU

Keadaan yang buntu tersebut telah menyebabkan IRC mengubah strateginya sekitar tahun 1982. Maka disusunlah satu strategi atau ‘grand design’ terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan konsep Harakah Islamiah Syumuliah (HIS),(takrif HIS dan IRC adalah tidak sama dengan HIS yang diterangkan sebelum ini). Dalam rangka kerja HIS,IRC, ABIM dan PAS hendaklah dijadikan ‘wajah-wajah’ jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden, strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front organisasions) semata-mata. Kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar sikit disini) yang yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu, kekuasaan sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.
Menurut strategi ini ahli-ahli IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar bertugas hampir sepenuh masa dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan untuk mewujudkan satu suasana jamaah dalam jamaah, yang mana jamah yang baru ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwala’ kepada IRC. Kumpulan ini akan memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil akan diharapkan daripada kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.
Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?) mereka untuk membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiah. Lujnah Tarbiah PAS Pusat telah menjemput dua ahli Majlis Syura IRC untuk bersama-sama dalam lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiah PAS, termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak seperti kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar mengendalikan program tarbiah PAS tetapi dikumpulkan secara rahsia ahli-ahli PAS yang berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh kepimpinan IRC.
Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah diberi kata duadan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada menyertai PAS. Sungguhpun begitu, sebagai mematuhi syarat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS. Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di IPT berpecah kepada dua, satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufarakah ( isytihar keluar) daripada IRC sementara yang satu lagi menyertai IRC.
Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu yang berpengaruh kekal di dalam PAS. Keahadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufaraqah daripada IRC tetapi di atas arahan pimpinan IRC sendiri (mereka tidak pernah mengisytiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam bentuk usrah sulit masih diteruskan.
Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS (sebelum perpecahan) mereka telah mengisytiharkan bahawa IRC tidak wujud di Malaysia, yang ada hanya bekas-bekas ahli IRC. Oleh itu kepimpinan PAS tidak menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli Majlis Syura mereka. Malah sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan mahasiswa tidak diberi maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang sedang mereka ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan system pengkelasan dalam keahliannya. Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur dan kepimpinan dalam jamaah.

PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA

Sekarang kita kembali kepada maslah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negara, sama ada di UK, Amerika Syarikat (AS) atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini dimainkan oleh IRC di UK dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang menubuhkannya) di AS. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat mengharapkan mereka yang menerima tarbiah IRC di luar negara pulang untuk menyertai PAS. Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-pelajar over sea dapat menyertai perjuangan PAS, insya Allah. Oleh itu sekarang sudah wujud sayap-sayap PAS (secara tidak rasmi) di luar negara termasuklah di UK, AS, dan Timur Tengah. Kita tidak akan tertipu buat kali keduanya lantaran mereka pernah menipu kita ketika berada di dalam PAS dahulu yang akhirnya para pimpinan PAS mengetahui bahawa mereka bersama PAS hanya sekadar ingin memecahbelahkan keutuhan ahli-ahli PAS. Justeru, kita selaku pelajar dan pendaie kepada agama Allah s.w.t harus peka dan sensitif dengan gerakan IRC -ALAMI-JIM dan tipu daya mereka yang semata-mata adalah tidak berpuas hati dengan gerakan yang sedia ada yang akhirnya mereka menubuhkan gerakan baru.
Kita menasihatkan kepada sahabat-sahabat Alami agar jangan menyalahtafsirkan fakta sejarah. Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin tidak pernah mengajar anda untuk menubuhkan jamaah lain malah sebaliknya bersatu dan menguatkan jamaah yang sedia ada iaitu PAS apabila pulang ke Malaysia. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awanglah yang telah memasukkan pimpinan anda untuk berada di bawah halaqah dan usrah Ikhwanul Muslimin dengan harapan mereka membantu dan menguatkan jamaah PAS dan berintima’ dengannya. Tetapi sayang mereka tidak boleh diharap dengan menubuh jamaah lain.
Kita memperingatkan kepada mereka juga agar jangan membuat haru biru dan mengganggu keamanan dan kesatuan kami di Perlembahan Nil ini. Mengapa anda ingin mengulangi kisah-kisah silam yang telahpun kita kuburkan lantaran inginkan perpaduan dan menganggap anda sebagai sahabat kami ? Sesungguhnya kes perebutan pelajar dan seumpamanya telahpun kita kuburkan lantaran inginkan perpaduan dan kita mampu membuktikannya. Ingat……jangan sangka kita berdiam diri dan kita akan menentang tindakan anda sekiranya anda mengganggu kerja kami. Andalah pencanang utama mendakwa punya tarbiah yang sempurna tetapi saying……indah khabar dari rupa. Anda menganggap segala tindakan anda itu adalah syar’ie dan matang manakla tindakan kita tidak syar’ie, tidak terbuka, sempit, jumud dan seumpamanya sehingga anda mengizinkan individu ahlianda menyokong perjuangan UMNO dan bersekongkol dengannya dianggap syar’ie. Tetapi sayang akhirnya anda sendiri menjadi penyokong utama mereka dan ianya dianggap syar’ie. Suatu ketika anda pernah mengutuk saudara Anwar Ibrahim (ketika itu ABIM) kerana menyertai UMNO dan dianggap tidak syar’ie tetapi akhirnya anda sendiri yang menyokong dan bersama dengan UMNO.
Kesimpulannya, buat para penda’ie dan adik-adik sekalian agar jangan mudah termakan dengan lunaknya kalam mereka, mesranya layanan mereka, tetapi sekadar kepura-puraan yang bersifat sementara yang hakikatnya untuk memancing anda agar duduk bersama dan menyokong perjuangan mereka (Alami) lantaran mereka kekurangan pelapis. Berwaspadalah dengan mandub-mandub mereka di setiap muhafazah (Iskandariah, Damanhur, Tonto, Syibinkom, Zaqozik, Dumyat). Buat adik-adik sekalian agar merujuk kepada abang-abang lama anda sekiranya anda berasa ragu dan tertasykik dengan hujjah-hujjah mereka dan akhirnya berwaspadalah dengan Alami.