SATU FIKRAH SATU AMAL

"Seandainya Fikrah Islami yang kita fahami, Kesatuan amal pasti direalisasi "

Monday, August 13, 2007

ISMA : Satu Pendedahan!!!

Dalam menjalani kehidupan harian seorang penda’ie yang meletakkan intima’ sepenuhnya harakah Islamiah, kita sering berhadapan dengan banyak perkembangan pemikiran yang semuanya seakan sama menjurus ke arah untuk mendaulatkan Syariah Islamiah. Setiap gerakan mendakwa bahawa gerakan merekalah yang mampu membawa umat ke jalan yang betul dan mampu mengislah masyarakat. Persoalan tarbiah, ekonomi dan seumpamanya menjadi dasar dalam agenda untuk memastikan kejayaan menegakkan Daulah Islamiah. Kekadang mereka tidak berpuas hati dengan gerakan awal yang memperjuangkan Islam lantaran beralasan tidak punya tarbiah dan seumpamanya. Lantaran itu mereka menubuhkan gerakan lain yang jelas penubuhannya membawa kepada perpecahan. Maka kertas kerja ini ditulis lantaran untuk membetulkan beberapa fakta yang diputarbelitkan oleh mereka dan menelusuri sedikit sebanyak sejarah untuk panduan para penda’ie sekalian.

SEJARAH PENUBUHANNYA
GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM

Kita mulakan perbicaraan dengan melihat kepada gerakan Islam di United Kingdom (UK). Usaha dakwah pelajar-pelajar Malaysia di UK sebenarnya bermula di tanah air sendiri iaitu di Universiti Teknologi Malaysia sekitar hujung tahun 1960-an dan 70-an. Sekumpulam pelajar kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiah oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Bandung bernama Pak Iamadudin bin Abdur Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah. Pada awal tahun 1970-an, perjuangan Islam di Malaysia didokongi oleh dua kumpulan jamaah atau harakah terbesar iaitu Parti Islam Se-malaysia (PAS-wadah penekanan yang syumul) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM-wadah belia dan non patisan). Bagaimanapun, hubungan antara kedua-dua adalah erat seperti kata pepatah, bak isi dengan kuku, setiap satu daripadanya memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (masing-masing berintima’ dengan ABIM dan PAS sekaligus). Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.

MELANJUTKAN PELAJARAN

Pada awal 70-an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UK. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebahagian besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di UK. Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka tertumpu di kawasan Brighton (selatan UK) dan Glasgow (selatan Scotland). Semasa di UK, pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudah pun wujud dua kumpulan dakwah besar, setiap satu mempunai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah jamaah Tabligh dan UK Islamic Mission (cawangan jamataul Islami Maududi, Pakistan).

PERPECAHAN

Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fitrah dan tanzim telah terbelah dua – satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain seperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin,Mesir. Ekoran dari itu maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara dua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selaepas solat Jumaat di mana pengikut tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari’e kerana seolah-olah mengahalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

PENUBUHAN IRC

Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-dua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil satu bentuk wadah atau platform yang dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkan usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.
Malangnya usaha yang murni ini gagal mencapai objektifnya – yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalis tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Apa yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/76.

SUARA AL ISLAM

Sebelum sempat IRC stabil, kepimpinannya mula mengalami pergolakan. Beberapa orang kepimpinannya telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al Islam (SI). Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan yang hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiah, sementara SI memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat. Dengan itu, program tarbiah riadah menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa taghut dalam masyarakat. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli SI memilih jalan yang wajar dan menepati syara’ untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan SI. Lagi pula PAS merupakan harakah /jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan daulah Islamiah di negara ini.
Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pimpinan dan ahli IRC kembali ke tanah air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada seperti PAS dan ABIM, bahkan sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam pada masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di UK, kini IRC secara disedari atau tidak memeinkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersepadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t dalam surah As Soff : 4 ,

JAMAAH BARU DI MALAYSIA

IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan rasulNya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia walaupun suadah wujud jamaah Islam. Allah s.w.t telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas dalam kitab suci al Quran. Surah Ali Imran : 103,
Surah Al Anaam : 159,
Disamping itu terdapat juga banyak hadis Rasulullah s.a.w yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru. Sabda baginda yang bermaksud : “Hendaklah kamu bersama-sama jamaah muslimin dan pimpinan mereka”.
Sabdanya lagi, “Berjamaah itu rahmat dan berpecahbelah itu azab”.
Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman tidak rasmi atau tidak bertulis telah dicapai. Hasilnya, ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke UK dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia. Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke tanah air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai tarbiah, matlamat perjuangannya pula tidak jelas dan seumpamanya meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan penyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiah). ABIM yang memiliki beberpa lulusan Al Azhar pada barisan pimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiah Ikhwanul Muslimin diragui tenteang matlamat perjuangannya oleh kumpulan yang rat-rata berpendidikan bukan agama, iaitu mereka yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam sahaja seminggu.
IRC mula bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan akademik universiti. Sebagaimana yang dijangkakan, berlakulah peristiwa pijak memijak kaki antara satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hunungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke UK disebabkan kebuntuan kemerosotan dan kehilangan keahlian dari kalangan lulusan UK. Maka ditubuhkan ABIM-UK sekitar awal 80-an.

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH BELAH

Dengan tertubuhnya ABIM-UK, perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah belah kepada empat kumpulan besar iaitu tabligh, IRC, SI dan ABIM disamping wadah nasionalis UMNO-UK.
Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa penjajahan mereka di negara kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertunuhan-pertunuhan pelajar seperti ‘Islamic Society’ dan ‘Malaysian Students Society’ di hampir setiap institusi yang msana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan mesyuarat agung tahunan sesebuah pertubuhan, ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat. Sebelah dewan diduduki oelh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM. Berlakulah pertikaman lidah antara kedua-dua puak, masing-masing cuba menegakkan kepentingan sendiri. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami ahli-ahli IRC dan ahli-ahli ABIM pula menginap di tempat lain. Apabiala diadakan kenduri , ahli-ahli sesebuah kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w diubah daripada empat perkara (agama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri mestilah ahli kumpulan yang sama.
Jika direnung dengan tajam, daripada apa yang telah berlaku perasaan sedih dan malu tercalit di hati. Islam adalah agama yang suci, agama yang benar dan agama yang tunggal yang diredhai Allah, malangnya seolah-olah agama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan. Apa yang sedihnya, keadaan ini berlaku di luar negara yang majortinya golongan kafir. Sepatutnya para mukminin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada non muslim sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hti mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhuwah atau persaudaraan Islam yang telah kabur daripada menjadi sesuatu yang menyatupadukan antara iman dan kufur kepada menjadi suatu jamaah yang memisahkan satu jamaah yang lain. Sebenarnya Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhuwah yang betul, iaitu seperti firmanNya : surah Al Hujurat : 10,
Ayat tersebut tidaklah menerangkan “ Sesungguhnya ahli-ahli IRC sahaja yang bersaudara” atau “ Sesungguhnya ahli-ahli ABIM sahaja yang bersaudara” atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setipa individu yang mengaku beriman kepada Allah Taala dan rasulNya. Allah s.w.t telah menyatukan hati-hati orang yang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka. Justeru, siapakah anda dengan membuat jamaah baru ?, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin yang satu mengikut anda sementara yang lain mengikut jamaah yang sedia wujud !
ABIM BERGOLAK Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia berlaku pada tahun 1982. Apabila saudara Anwar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai parti asobiah iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah menjadi dua, satu kumpulan meyokung Anwar dan satu lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Mak ramailah pejuangpejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun menyertai PAS yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.

IRC BUNTU

IRC di Malaysia pada mas itu menghadapi keadaan yang sangat buntu iaitu mereka yang inginkan Islam memberi thiqah dan wala’ pada pmpinan PAS, sementara kepmpinan IRC masih besembunyi dn idak mengisytiharkan siapa mereka. Olehtu ummah tidak dapamenilai sejauh mana kewibwaan pimpinannya, apakah mereka itu berani berdepan dengan taghut ataupun tidak ? Ataupun mereka hanya berani menghentam taghut di dalam usrah dan tamrin yang tertutup sahaja yang dihadiri oleh orang-orang yang terpilih ? Apakah meraka benar-benar memiliki akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar daripada rupa ? Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja ? Tahukah dia selok-belok agama khasnya hokum-hukum keqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seorang pemimpin harakah Islamiah ? Persoalan ini menjadi tanda tanya kepada ummah supaya amir IRC dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya, sama ada tindakan itu menepati syara’ atau tidak.
Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah daripada kalangan ulamak yang berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu murtad, kristinisasi dan hak-hak istimewa orang Melayu bahkan berani dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah ada yang telah syahid di jalan Allah. Contohnya almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat semasa kejadian Memali (semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh syuhada’ Memali). Di manakah IRC dalam berhadapan dengan permasalahan seperti ini ? Mengapakah mereka mendiamkan diri atau adakah kedudukan mereka hanya sekadar tidak merelakannya di hati sedangkan dalam masa yang sama IRC mendakwa mempunyai tenaga pakar, intelektual dan agamawan yang ramai ?.

STRATEGI BARU

Keadaan yang buntu tersebut telah menyebabkan IRC mengubah strateginya sekitar tahun 1982. Maka disusunlah satu strategi atau ‘grand design’ terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan konsep Harakah Islamiah Syumuliah (HIS),(takrif HIS dan IRC adalah tidak sama dengan HIS yang diterangkan sebelum ini). Dalam rangka kerja HIS,IRC, ABIM dan PAS hendaklah dijadikan ‘wajah-wajah’ jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden, strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front organisasions) semata-mata. Kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar sikit disini) yang yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu, kekuasaan sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.
Menurut strategi ini ahli-ahli IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar bertugas hampir sepenuh masa dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan untuk mewujudkan satu suasana jamaah dalam jamaah, yang mana jamah yang baru ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwala’ kepada IRC. Kumpulan ini akan memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil akan diharapkan daripada kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.
Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?) mereka untuk membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiah. Lujnah Tarbiah PAS Pusat telah menjemput dua ahli Majlis Syura IRC untuk bersama-sama dalam lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiah PAS, termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak seperti kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar mengendalikan program tarbiah PAS tetapi dikumpulkan secara rahsia ahli-ahli PAS yang berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh kepimpinan IRC.
Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah diberi kata duadan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada menyertai PAS. Sungguhpun begitu, sebagai mematuhi syarat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS. Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di IPT berpecah kepada dua, satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufarakah ( isytihar keluar) daripada IRC sementara yang satu lagi menyertai IRC.
Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu yang berpengaruh kekal di dalam PAS. Keahadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufaraqah daripada IRC tetapi di atas arahan pimpinan IRC sendiri (mereka tidak pernah mengisytiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam bentuk usrah sulit masih diteruskan.
Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS (sebelum perpecahan) mereka telah mengisytiharkan bahawa IRC tidak wujud di Malaysia, yang ada hanya bekas-bekas ahli IRC. Oleh itu kepimpinan PAS tidak menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli Majlis Syura mereka. Malah sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan mahasiswa tidak diberi maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang sedang mereka ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan system pengkelasan dalam keahliannya. Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur dan kepimpinan dalam jamaah.

PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA

Sekarang kita kembali kepada maslah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negara, sama ada di UK, Amerika Syarikat (AS) atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini dimainkan oleh IRC di UK dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang menubuhkannya) di AS. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat mengharapkan mereka yang menerima tarbiah IRC di luar negara pulang untuk menyertai PAS. Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-pelajar over sea dapat menyertai perjuangan PAS, insya Allah. Oleh itu sekarang sudah wujud sayap-sayap PAS (secara tidak rasmi) di luar negara termasuklah di UK, AS, dan Timur Tengah. Kita tidak akan tertipu buat kali keduanya lantaran mereka pernah menipu kita ketika berada di dalam PAS dahulu yang akhirnya para pimpinan PAS mengetahui bahawa mereka bersama PAS hanya sekadar ingin memecahbelahkan keutuhan ahli-ahli PAS. Justeru, kita selaku pelajar dan pendaie kepada agama Allah s.w.t harus peka dan sensitif dengan gerakan IRC -ALAMI-JIM dan tipu daya mereka yang semata-mata adalah tidak berpuas hati dengan gerakan yang sedia ada yang akhirnya mereka menubuhkan gerakan baru.
Kita menasihatkan kepada sahabat-sahabat Alami agar jangan menyalahtafsirkan fakta sejarah. Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin tidak pernah mengajar anda untuk menubuhkan jamaah lain malah sebaliknya bersatu dan menguatkan jamaah yang sedia ada iaitu PAS apabila pulang ke Malaysia. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awanglah yang telah memasukkan pimpinan anda untuk berada di bawah halaqah dan usrah Ikhwanul Muslimin dengan harapan mereka membantu dan menguatkan jamaah PAS dan berintima’ dengannya. Tetapi sayang mereka tidak boleh diharap dengan menubuh jamaah lain.
Kita memperingatkan kepada mereka juga agar jangan membuat haru biru dan mengganggu keamanan dan kesatuan kami di Perlembahan Nil ini. Mengapa anda ingin mengulangi kisah-kisah silam yang telahpun kita kuburkan lantaran inginkan perpaduan dan menganggap anda sebagai sahabat kami ? Sesungguhnya kes perebutan pelajar dan seumpamanya telahpun kita kuburkan lantaran inginkan perpaduan dan kita mampu membuktikannya. Ingat……jangan sangka kita berdiam diri dan kita akan menentang tindakan anda sekiranya anda mengganggu kerja kami. Andalah pencanang utama mendakwa punya tarbiah yang sempurna tetapi saying……indah khabar dari rupa. Anda menganggap segala tindakan anda itu adalah syar’ie dan matang manakla tindakan kita tidak syar’ie, tidak terbuka, sempit, jumud dan seumpamanya sehingga anda mengizinkan individu ahlianda menyokong perjuangan UMNO dan bersekongkol dengannya dianggap syar’ie. Tetapi sayang akhirnya anda sendiri menjadi penyokong utama mereka dan ianya dianggap syar’ie. Suatu ketika anda pernah mengutuk saudara Anwar Ibrahim (ketika itu ABIM) kerana menyertai UMNO dan dianggap tidak syar’ie tetapi akhirnya anda sendiri yang menyokong dan bersama dengan UMNO.
Kesimpulannya, buat para penda’ie dan adik-adik sekalian agar jangan mudah termakan dengan lunaknya kalam mereka, mesranya layanan mereka, tetapi sekadar kepura-puraan yang bersifat sementara yang hakikatnya untuk memancing anda agar duduk bersama dan menyokong perjuangan mereka (Alami) lantaran mereka kekurangan pelapis. Berwaspadalah dengan mandub-mandub mereka di setiap muhafazah (Iskandariah, Damanhur, Tonto, Syibinkom, Zaqozik, Dumyat). Buat adik-adik sekalian agar merujuk kepada abang-abang lama anda sekiranya anda berasa ragu dan tertasykik dengan hujjah-hujjah mereka dan akhirnya berwaspadalah dengan Alami.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum ustaz...
betul yg ustaz katekan tu... memang bukak minda... ana dah lama cari info yg ustaz bagi nii...
sbb perkara ni pening bagi daie2 baru....

ana ade satu soalan yg bermain dalam pikiran ana ni...
sebenarnya kalau ikut fatwa yg dikeluarkan oleh Yusuf Qardawi... beliau mengatakan tak pe byk2 jemaah dalam menegakkan Islam... sbb lagi byk.. lagi bagus kerna lagi ramai yg nak buat kerja untuk islam....
kalau ustaz perasan tak sekali pon imam as-syahid membantai atau pon menolak mane2 jemaah sekali pon... klu bace kitab majmuah ar-risalh... beliau mengatakan saling menolong dalam perkara yg disepakati dan berlapang dada dalam perselisihan.....
Imam albanna tidak penah pon menghentam mane2 jemaah lain walaupon jemaah itu mengutuk2 ikhwanul muslimin....
so bagaimana ustaz...

hmmm sekian sahaja dari saya...

abu bakar
syubra...

S h a z w a n said...

assalamualaikum..
kalutnya..dikala org laen sibuk bersiasah anta masih menyebarkan fitnah2 terhadap irc ?
Post ini tidak syar'ie kerana nyata menyebarkan satu bentuk kebencian yg dahsyat pada satu kelompok Islamist dikala kedua2 pihak ini kembali bersiasah pada PRU12 lalu..
delete saja post ini...apa manfaatnya ?